Isnin, Julai 24, 2017

 

Institut Aminudddin Baki komited untuk memberi kepuasan kepada stakeholder berdasarkan piagam pelanggan seperti berikut dan akan memastikan: 

  1. Melaksanakan sekurang-kurangnya 98% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen Program Latihan Institut Aminuddin Baki pada tahun berkenaan;
  2. Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta kursus berpuas hati dengan program latihan Institut Aminuddin Baki;
  3. Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta yang mengikuti program latihan berpuas hati dengan pengendalian sesi latihan oleh pensyarah Institut Aminuddin Baki dan pensyarah jemputan;
  4. Memaklumkan pelanggan tentang kelulusan sesuatu kursus yang dimohon sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum kursus bermula;
  5. Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh 1 hari sebelum kursus bermula;
  6. Menjalankan sekurang-kurangnya 9 penyelidikan dan pembangunan sistem maklumat setahun;
  7. Menghasilkan sekurang-kurangnya 10 penerbitan setahun ;
  8. Menjalankan sekurang-kurangnya 6 program konsultansi termasuk khidmat pasukan pemikir setahun;
  9. Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesional pemimpin sekolah bagi setiap negeri setiap tahun ;
  10. Memastikan sekurang-kurangnya 80% peserta kursus berpuas hati dengan perkhidmatan sajian dan penginapan;
  11. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai 8.30 pagi hingga 4.45 petang;
  12. Memastikan semua staf Institut Aminuddin Baki mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun;
  13. Memastikan maklum balas kepada semua pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai pengurusan perkhidmatan di Institut Aminuddin Baki adalah menepati tempoh-tempoh berikut:

    akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari
    maklum balas awal dalam tempoh 15 hari
    laporan status aduan dalam tempoh 5 minggu